Chatroll UtaraFM

Master Chatroll (www.utarafm.net)
Untuk memenangi hadiah bonus dalam peraduan anugerah pengunjung setia chatroll 2012 gunakanlah nama dan gambar yang betul. Hadiah lumayan bulanan sedang menanti anda!!! Selamat berchatting!

Wednesday 15 July 2015

Salam Aidil Fitri Semua

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas daripada kami semua.

Sunday 8 March 2015

Program Bakat Pengguna di Kg Longob, Kota Marudu

Program Bakat Pengguna yang dianjurkan oleh Consumers Front of Sabah atau cfos dengan kerjasama Pergerakan Wanita PBS Bahagian N5 Tandek telah diadakan pada 27 Februari 2015 yang lalu. Oleh kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan maka Utara FM tidak dapat menyiarkannya secara lintas langsung.

Gambar (bawah) DJ-DJ Utara FM yang hadir pada malam itu. DJ Azz telah mengandalikan acara daripada awal rancangan sehingga selesainya program tersebut.


Tuesday 27 January 2015

KEMPEN PEMERKASAAN PENDIDIKAN PENGGUNA FASA II

Consumers Front of Sabah atau cfos akan menganjurkan program tersebut mulai 30 Januari 2015. Sekiranya diluluskan oleh pihak yang berwajib maka kesemua program yang telah dirangka dan dijadualkan diadakan akan dibawa secara lintas langsung oleh utarafm daripada lokasi yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut tentang tarikh siaran akan dimaklumkan kelak melalui blog ini atau blog program cfos www.consumerscolumn.blogspot.com Sekian, Harap maklum.

Sunday 27 July 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Assalamualaikum. Salam Aidil Fitri Minal Aidin Wal Fa Izin. Maaf Zahir Dan Batin. Admin

Tuesday 1 July 2014

Program Consumers Front of Sabah ( cfos ) – Fasa I 2014

CFOS advert 2

Program Consumers Front of Sabah atau cfos sempena dengan Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna ( Fasa I ) telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah daerah baru-baru ini. Kesemua program tersebut telah disiarkan secara “ LIVE” oleh radio rasmi online cfos Utara FM.

Selain membawa kesemua program itu secara langsung untuk para pendengar yang tidak berkesempatan ke lokasi yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur Cfos, satu segmen kuiz pengguna juga telah diadakan yang dikendalikan oleh DJ Kupang dan DJ Azz. Walaupun sambutan agak dingin sedikit tetapi ianya telah berjaya menyampaikan beberapa maklumat penting mengenai dengan isu-isu semasa kepenggunaan kepada pendengar yang mengikuti waktu siaran tersebut.

cfos kuiz pengguna advert

Segmen khas “ Pengguna Bijak “ juga telah diadakan seperti yang tertera dalam iklan di bawah ini.

KUIZ RADIO ADVERT

Satu lagi program cfos yang baru diperkenalkan dan telah diadakan di Kg Ladang Lumadan Beaufort ialah “ Bakat Pengguna” Para pemantau program cfos berpendapat program ini harus diberi perhatian dan kerap kali diadakan sebab selain berhibur para peserta juga diuji tentang hal-hal yang berkaitan dengan kepenggunaan selain dapat menarik golongan belia untuk menghadiri program seumpama ini.

Cfos berkemungkinan besar akan mengadakan dan membawa program ini ke peringkat yang lebih tinggi lagi ia itu ke peringkat negeri. Perbincangan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) sedang berlangsung mengenai dengan perkara ini termasuklah juga program kuiz pengguna peringkat negeri khas untuk ahli-ahli kelab pengguna sekolah menengah seluruh Sabah.

advert LUMADAN karaoke

Program Bakat Pengguna dianjurkan dengan kerjasama Kelab Pendengar & Peminat Setia Utara FM Sabah ( KPPSUS ) dan Pergerakan Wanita UMNO P178 Sipitang.

KPPSUS telah diwakili oleh DJ Kathy, Haron dan Puan Cicelia Jack sebagai juri pertandingan pada malam itu. Manakala, DJ Kupang mengandalikan siaran langsung, merakam persembahan untuk dijadikan bahan Utara FM ( siaran tertunda/auto dj ) dan mengambil gambar untuk dimuatkan dalam media sosial yang ada kaitan dengan Utara FM dan Cfos.

Gambar kenangan AJK penganjur selepas program diadakan.

Monday 14 May 2012

Transformasi UtaraFM Fasa ke II


UtaraFM sedang dalam proses untuk memasuki fasa ke II program transformasinya. Antara program-program yang akan  dijalankan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut :-

1. Menyusun semula Jawatankuasa Pengurusan,   Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit UtaraFM

2. Membahagikan para penyampai kepada lima kumpulan untuk bersaing sesama sendiri ( Tahap 1 -  teknik, kefahaman sistem, kreativiti, kesesuaian lagu mengikut segmen dan pengendalian radio )

3. Meningkatkan lagi imej dan identiti korporat melalui pengiklanan nama, logo dan ciri-ciri visual organasasi.

4. Meneruskan siaran percubaan melalui frekuensi di setiap daerah untuk memastikan kekosongan slot dan peralatan yang diperlukan untuk memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk permohonan dan kelulusan lesen penyiaran UtaraFM.

5. Akan mengaktifkan semula aktiviti-aktiviti, peraduan-peraduan dan program-program yang telah dirancang pada tahun 2011.

6. Akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, NGO, stesen stesen radio berfrekuensi dan online.

7. Mengadakan seminar, bengkel dan kursus yang berkaitan dengan dunia penyiaran khas untuk para penyampai UtaraFM

8. Insentif dan imbuhan akan diberikan kepada semua para penyampai UtaraFM yang layak. Tertakluk kepada syarat-syarat serta terma yang telah ditetapkan dan juga komitmen yang ditunjukan.


Ahli-Ahli Lembaga Penasihat UtaraFM


Penaung :- Dato Haji Dr Janathan Kandok
Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri ( Pengasas )
Encik Androd Sadian
Encik Mohd Khairul Abdullah
Encik Illie Jaymond
Encik Nordin Thani

Jawatankuasa Pengurusan


Encik Mohd Jasni Ahmad Shukri ( Pemasaran, Promosi dan ICT )
Encik Mohd Khairul Abdullah ( Pengurusan dan Pemantauan )
Encik Illie Jaymond ( Unit Siaran Luar dan Kawalan Rancangan )
Encik Nordin Thani ( Unit Khas, Operasi, Teknikal dan Produksi )
Encik Denny Tsen ( Ketua Penyampai dan Hal Ehwal Semasa )

Ketua-Ketua Bahagian dan Unit


Ketua Penyampai :- DJ Siiputt
Penolong I :- DJ Kupang
Penolong II :- DJ LM

Kumpulan Penyampai dan  Jemputan


Kumpulan A :- DJ Siiputt ( ketua ), DJ Batman dan DJ Pocoyo

Kumpulan B :- DJ Kupang ( ketua ), DJ Yann dan DJ Awg Kimanis

Kumpulan C :- DJ Zack ( ketua ), DJ LM dan DJ Lady

Kumpulan D :- DJ Isadee ( ketua ), DJ Oyen dan DJ Jinnakal

Kumpulan E :- DJ Mamik ( ketua ) dan DJ Jinmanis

Kumpulan Khas / Jawatankuasa Pengurusan  :- DJ Rumput, DJ MKA, DJ Lugu dan Nordin



BIODATA JAWATANKUASA PENGURUSAN


DJ RUMPUTT
                                                                                          
DJ  MKA

DJ MKA atau nama sebenarnya Mohd. Khairul Abdullah mula berkhidmat secara sukarela di Utarafm dan antara penyampai yang paling terawal selepas tertubuhnya radio online ini atau dengan nama asalnya adalah PONETFM dan ketika ini nama UtaraFM telah digunakan untuk mengkomersialkan lagi nama dan mutu siaran pada masa itu. Sebagai penyampai segmen permintaan lagu melalui Chatroom Ponet FM sejak 2007 dan kini mengendalikan Unit Khas. Berasal dari Kudat, antara kegemarannya adalah bermain bola tampar.



                                 
DJ LUGU

NORDIN
Nordin Thani mempunyai pengalaman hampir lima belas tahun dalam bidang penyiaran. Beliau pernah bertugas sebagai seorang juruhebah dan penerbit rancangan di RTM Kota Kinabalu pada akhir tahun 70an. Antara rancangan yang diterbitkan beliau ialah " Mari Ke Pesta " siaran langsung setiap hari ahad dari Taman Prince Philip, Tanjung Aru. Pengalaman yang diperolehi beliau semasa di BBC Radio World Service London, CNN dan Sky TV boleh membantu UtaraFM untuk mencapai cita-citanya sebagai radio online yang mantap dan berfrekuensi di Sabah. Beliau juga adalah  seorang pakar dalam bidang Gelombang Elektromagnet Mikro, mereka bentuk SMATV, TVRO, pemasangan sistem satelit jalur tetap dan ku band. Pernah berkhidmat dengan Hammersmith and Fulham council, London dengan kerjasama Department of Employment and Manpower Service Commission UK dalam program "Instant Muscle" untuk melatih dan mengajar para belia untuk menjadi seorang profesional dalam pemasangan cable dan satelit TV.


BIODATA PENYAMPAI KUMPULAN A    ( Ketua DJ Siiputt )


DJ SIIPUTT

DJ SIIPUTT atau nama sebenarnya Mohd Denny Tsen adalah antara penyampai yang paling awal menyertai UtaraFM selepas tertubuhnya radio online ini. ( nama asal  UtaraFM - PonetFM )  Sebagai penyampai segmen permintaan lagu melalui panggilan telefon sejak 2007, beliau kini mengandalikan segmen “JOM MINTA JOM DENGAR”. Berbintang Pisces beliau dilahirkan pada tahun 1982. Berasal dari Kg Salimpodon Laut, Pitas antara kegemarannya adalah bermain badminton, futsal dan memancing. 
Pengalaman beliau dalam bidang penyiaran sejak tahun 1997 boleh membantu segala perancangan UtaraFM untuk menjadi sebuah stesen radio swasta milik Sabahan yg pertama di Sabah. 
Beliau pernah berkerja sebagi editor movie dengan syarikat Skyline Sdn Bhd dan Bayo Pitures Sdn Bhd. Antara telemovie dan klip video yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah  CINTA ITU ANUGERAH (Telemovie), ESTER ESTERA ( Telemovie), KOPOSIZON (Telemovie), RONN LANGAD (Klip Video), S.WELLY (Klip Video) dan juga beberapa buah klip video khas untuk iklan.
Selain daripada penyampai radio di UtaraFM, beliau juga adalah seorang ahli perniagaan dan Ketua Penyampai yang baru dilantik.


BIODATA PENYAMPAI KUMPULAN B    ( Ketua DJ Kupang )




DJ KUPANG

DJ YANN

DJ AWANG KIMANIS

BIODATA  PENYAMPAI KUMPULAN C   ( Ketua DJ Zack  )



DJ ZACK
DJ ZACK atau nama sebenarnya Ahmad Zaki@zack bin Jamilan mula menjadi penyampai secara sukarela di Utarafm pada 2011 dan sebagai penyampai segmen luahan hati di utarafm. Berbintang Gemini beliau di lahirkan pada 3 Jun 1977. Berasal dari Kg Rampayan Menggatal, gemar menyanyi di karaoke dan suka juga bermain game lumba kuda ... 
Pengalaman beliau dalam bidang penyiaran.pernah menjadi penyampai di SMK Likas (ahli club radio sekolah) dan pernah belajar di akademi TV3 sebagai penyampai dan penerbit ( tidak abis belajar )
Beliau mengharapkan agar suatu hari nanti UtaraFM akan menjadi sebuah stesen radio berfrekuensi swasta yang pertama di negeri sabah yang di kendalikan oleh anak jati Sabah. 

DJ  LM


DJ LM atau nama sebenar Jalimik Sawatan, pertama kali melibatkan diri dengan radio online utarafm pada pertengahan tahun 2008 sehingga kini. Dilahirkan pada tahun 1974. Penyampai berbintang Taurus, berasal daripada Kg. Tingkalanon. Tandek, Kota Marudu. Gemar menulis cerpen dan puisi dan beberapa kali terlibat dalam program seni seperti Puisi Untuk Gaza anjuran DBP Sabah, pengiat Teater tahun 90-an..
Seorang yang suka aktiviti mencabar, membaca, gemar bersantai bersama rakan. Pernah mengendalikan 2 segmen. Segmen yang masih aktif ialah SEGMEN Utarafm:TEMAN EMOSI ANDA yang mengupas mengenai isu-isu kemanusiaan. Satu lagi segmen ialah Segmen MISTERI DI AMBANG UTARA yang menyentuh secara sederhana mengenai peristiwa-peristiwa mistik, alam ghaib dan koleksi cerita-cerita menyeramkan. Segmen ini sekali sekala dikeudarakan.
Secara peribadi, mengharapkan agar Radio Online Utarafm berjaya menjadi sebuah stesen radio yang berjaya di Sabah.



DJ LADY
DJ LADY atau nama sebenar Nur Syafiqah Mariana Majinau, berbintang Leo ini di lahirkan pada 17hb Ogos , berasal dari Tandek, Kota Marudu, gemar mendengar lagu dan melayari internet, mula berkhidmat secara sukarela di Utarafm pada tahun 2011, dan segmen yang dikendalikan ialah segmen Info2, petua2 atau tips bersama Dj Lady.
Pengalaman dalam pengacaraan cuma semasa di peringkat sekolah dan kampung sahaja. Pernah berkerja sebagai pembantu akaun di Indah Water Konsortium Kuala Lumpur dan selepas itu bekerja di firma guaman di Kuala Lumpur hampir 8 tahun sebagai legal secretary (Conveyancing matter), dan apabila memutuskan balik ke Sabah berkerja sendiri.
Harapan semoga saya dapat menjadi salah seorang penyampai yang boleh memberi kerjasama dan membantu menaikkan nama Utarafm sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, memandangkan Utarafm sekarang sedang dalam transformasi saya juga mengharapkan supaya Utarafm akan terus maju dan berjaya sehingga menjadi perintis kepada radio swasta yang pertama di Sabah. Semoga radio online sabahan Utarafm ini berjaya… Macam biasa juga bah.


BIODATA  PENYAMPAI KUMPULAN D ( Ketua DJ Isadee )

DJ ISADEE
DJ IS ADEE atau nama sebenarnya Isnadi Bin Awang mula berkhidmat secara sukarela di Utarafm sebagai penyampai Segmen Rock Steady Utarafm sejak tahun 2010. Berbintang Capricon dilahirkan pada 03 Januari 1980 gemar bersukan serta minat mendengar radio.

Beliau mempunyai pengalaman menjadi pengacara majlis atau emcee di jabatan tempat beliau bertugas dan juga terlibat dalam pengacaraan di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh jabatan.

Sebelum ini beliau adalah merupakan pendengar setia Utarafm sebelum ditawarkan untuk menjadi salah seorang penyampai.

Beliau berharap agar Utarafm akan menjadi sebuah Radio Online yang terkenal di Malaysia. Semestinya, seiring dengan rakan-rakan penyampai Utarafm yang lain, beliau meletakkan impiannya supaya Utarafm akan menjadi sebuah Radio Swasta yang  dikenali di seluruh pelusuk dunia suatu hari nanti.



DJ OYEN
DJ OYEN atau nama sebenarnya Rozalynne Harry Maul mula berkhidmat secara sukarela di Utarafm sebagai penyampai segmen Lagu-lagu Hits & Terkini sejak April 2011. Berbintang Cancer dan di lahirkan pada Julai 1991. Berasal dari Linsuk,Tenghilan sangat gemar melayari internet dan menyanyi.
Mempunyai pengalaman menjadi pengacara majlis atau emcee sejak di bangku sekolah lagi dan juga terlibat dalam pengacaraan di mana-mana majlis keramaian di kampung-kampung.
Sebelum ini pernah bertugas di Radio Atas Talian sama seperti Utara.FM iaitu di Radio Online OKBah.FM sebagai penyampai sebelum ditawarkan menjadi salah seorang penyampai di Utara.FM.
Meletakkan impian dan harapan untuk menjadi salah seorang Penyampai yang professional di dalam atau diluar Utara.FM serta mengharapkan agar Utara.FM akan maju ke depan berbekalkan Transformasi yang dilakukan..Macam Biasa Juga Bah !!



DJ JINNAKAL merupakan nama yang digunakan dalam radio online utarafm.Tentu masih ada lagi yang tertanya-tanya siapakah beliau sebenarnya? Nama sebenarnya ialah Mohd.Rizlan Masalan Bin Abdullah. Beliau dilahirkan pada tahun 1987 dan berbintangkan Sagaitirus.Beliau mula menjadi penyampai di utarafm pada tahun 2010 dan segmen yang akan dikendalikan olehnya ialah Segmen Santai "Lagu-lagu borneo" iaitu pada satiap hari ahad dari jam 2-4 petang dan " Santai Joget Utarafm" pada hari sabtu jam12-2pm.
Beliau mula membabitkan diri dalam dunia penyiaran ini pada tahun 2010 yang mana pada mulanya beliau telah menubuhkan sebuah radio online yang dinamakan Korutfm "Aramaite". Beliau juga pernah menjadi penyampai di radio onlineSapsaifm.
Beliau berharap agar Utarafm akan menjadi salah sebuah radio online yang mampu berdaya saing dengan radio-radio konvensional dan terus mengorak langkah untuk menjadi radio online yang terbaik di mata masyarakat. 



BIODATA  PENYAMPAI KUMPULAN E  ( Ketua DJ Mamik )


DJ MAMIK
DJ MAMIK berbintang aries ini berasal dari Kg Masalog, Kota Marudu. Mula mendj di UtaraFM pada tahun 2009. Selain meluangkan masa untuk menjadi penyampai di UtaraFM, beliau juga sering kali di jemput untuk menjadi Master of Ceremony  ( MC ) di majlis-majlis rasmi anjuran agensi kerajaan dan  majlis perkahwinan di sekitar daerah Kota Marudu. Segmen yang dikendalikan oleh beliau ialah " yoyoooooooo lulussssssss saja " yang biasanya ke udara di sebelah pagi atau petang kecuali pada hari cuti umum. Hasrat beliau adalah untuk menjadi seorang penyampai radio yang berkesan disamping dapat menghiburkan para pendengar dan peminat beliau. 

DJ JINMANIS
DJ JINMANIS atau nama sebenarnya Noorshikin Binti Hamzah berbintang sagittarius di lahirkan di Kampung Pengalat Besar pada tahun 1985. Mula mendj di UtaraFM pada 9 Mei 2011. Segmen DJ Jinmanis yang sangat popular di kalangan orang-orang yang sedang bercinta ke udara di sebelah pagi ia itu segmen CINTA CINTA CINTA yang mengupas tentang kehidupan dalam dunia percintaan tidak kira yang sudah berumahtangga atau masih menjadi pasangan kekasih.  Bekerja di sebuah syarikat pelancongan di Kota Kinabalu, hobi atau kegemarannya adalah bermain bowling, melayari internet dan bermain game secara beronline dengan rakan-rakan. Pernah dilantik menjadi penolong pengerusi bagi program jelajah UtaraFM bersama pendengar bagi kawasan Papar mengharapkan agar program ini dapat diteruskan oleh pihak pengurusan. Harapan DJ Jinmanis agar UtaraFM dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi stesen swasta pertama milik penuh anak jati Sabah dan disokong oleh masyarakat serta industri musik Sabah kerana matlamat atau tujuan asal radio online UtaraFM ini ditubuhkan adalah untuk mempromosikan artis-artis Sabah ke peringkat lebih tinggi lagi setaraf dengan artis-artis popular tanah air. 

Thursday 20 October 2011

Senarai Para Pemenang Mingguan dan Bulanan Anugerah Pengunjung Setia Chatroll/Chatango Utarafm 2011

Minggu Pertama ( 5hb Sept - 11hb September 2011 )
Pemenang : - Vitalis ED
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Tuan Arun Hensomboy

Hadiah ( envelope no 3 ) Reload/top up bernilai RM 30.00 
Hadiah Bonus :- Tambahan reload/top up bernilai RM 30.00

Minggu Ke 2 ( 12hb Sept - 18hb September 2011 )
Pemenang :- Sweet81
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Pengusaha Cafe Nora, UA, Jalan Sulaman

Hadiah ( envelope no 6 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Voucher shopping ( Giant atau Servay ) bernilai RM 100.00 dan special diskaun 15% membeli barangan elektronik ( TV )

Minggu Ke 3 ( 19hb Sept- 25hb September 2011 ) 
Pemenang :- ETOS83
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Setiausaha Agung, Cfos, Puan Hashimah Hasbullah

Hadiah ( envelope no 2 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Hamper Tong Hing Supermarket bernilai RM 200.00 

Minggu Ke 4 ( 26hb September - 2hb Oktober 2011 ) 
Pemenang :- Ratu Bunian
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Sabah, Tuan Haji Jafaar Bin Walad.

Hadiah ( envelope no 1 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Tiket penerbangan pergi/balik ke mana-mana destinasi di Sabah ( tempoh sah 3 bulan dari tarikh hadiah ini dimenangi ) Sila rujuk dengan pihak penganjur tentang terma & syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan MAS / MAS WINGS / AIR ASIA )

Pemenang Bulanan :- Bulan September 2011 
Pemenang :- Richer
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh YBhg Datuk Abidin Madingkir, MAYOR DBKK

Hadiah ( envelope no 5 ) Reload/top up bernilai RM 30.00 
Hadiah Bonus :- Tambahan reload/top up bernilai RM 20.00 dan petrol/diesel percuma di mana-mana stesen minyak SHELL atau PETRONAS bernilai RM30.00

Minggu Ke 5 ( 3hb Oktober 2011 - 9hb Oktober 2011 ) 
Pemenang :- C'boy Espaboi
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Tn Mohd Joh Haji Wid, Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Sabah

Hadiah ( envelope no 10 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Penginapan 2 malam untuk dua orang di sebuah resort di Kundasang,Ranau atau di Beringgis Resort, Papar termasuk makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari ATAU baucer membeli belah di Parkway atau Servay Supermarket bernilai RM250.00

Minggu Ke 6 ( 10hb Oktober 2011 - 16hb Oktober 2011 ) 
Pemenang :- Avatar Lobo
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Encik Mohd Hameed, wakil Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Sabah

Hadiah ( envelope no 13 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Tongs Departmental Store Shopping Voucher bernilai RM150.00 dan hadiah bonus tambahan minum pagi atau petang selama 7 hari bernilai RM7.00 setiap kali datang di mana-mana cawangan restoran kumpulan 786 yang beroperasi di Sabah.


Minggu Ke 7 ( 17hb Oktober 2011 - 23hb Oktober 2011 ) 
Pemenang :- LadyBos
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Mr S. P. Wong, wakil Persatuan Pengusaha Kedai Kopi Pantai Barat Sabah.

Hadiah ( envelope no 4 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Voucher makan dan minum bernilai RM100.00 di KFC atau Pizza Hut. Hadiah bonus tambahan reload/top bernilai RM30.00


Minggu Ke 8 ( 24hb Oktober 2011 - 30hb Oktober 2011 ) 
Pemenang :- Minnie Shirley Vinnin
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh YB Datuk Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Hadiah ( envelope no 18 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Voucher membeli belah bernilai RM100.00 di Servay atau Parkway  Supermarket


Pemenang Bulanan :- Bulan Oktober 2011 
Pemenang :- Putera Bayu
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh YB Datuk Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Hadiah ( envelope no 8 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Tiket penerbangan pergi balik Kota Kinabalu - Kuala Lumpur atau mana-mana destinasi yang sama dengan nilainya.

Minggu Ke 9 ( 31hb Oktober 2011 - 6hb November 2011 ) 
Pemenang :- Death Angels 
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Shamsul Mohd Anuar Pengarah Urusan Kawal Setia Sdn Bhd.

Hadiah ( envelope no 15 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Tambahan reload/top up bernilai RM30.00 semua rangkaian


Minggu Ke 10 ( 7hb November 2011 - 13hb November 2011 ) 
Pemenang :- Adjust Saber
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Mr Eric Lim, Pengarah Urusan Pacific Trading Sdn Bhd.

Hadiah ( envelope no 9 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Dua tiket/pass bermusim utk menonton wayang di mana-mana cawangan pawagam Golden Screen Cinemas + voucher makan dan minum bernilai RM25.00


Minggu Ke 11 ( 14hb November 2011 - 20hb November 2011 ) 
Pemenang :- Rnida
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Hilmi Hj Yusof, Pengarah Urusan Edar Consortium  Sdn Bhd.

Hadiah ( envelope no 7 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Voucher KFC bernilai RM50.00



Minggu Ke 12 ( 21hb November 2011 - 27hb November 2011 ) 
Pemenang :- Kertas Afour
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Mr Gilbert Lim, Pengarah Urusan, GL Brothers Malaysia, Cawangan Sabah. 

Hadiah ( envelope no 14 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Voucher Pizza Hut bernilai RM50.00

Minggu Ke 13 ( 28hb November 2011 - 4hb Disember 2011 ) 
Pemenang :- Pemain Kuda
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh YDH Dato Haji Hamza Taib, Persuruhjaya Polis Sabah

Hadiah ( envelope no 11 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Buffet untuk dua orang di Hotel Promenande, Kota Kinabalu

Pemenang Bulanan :- Bulan November 2011 
Pemenang :- Sweet Monaholic
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh YDH Dato Haji Hamza Taib, Persuruhjaya Polis Sabah

Hadiah ( envelope no 19 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 
Hadiah Bonus :- Reload tambahan RM50.00


Minggu Ke 14 ( 5hb Disember 2011 - 11hb Disember 2011 ) 
Pemenang :- TopTen 
Cabutan nama dan hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Safian Dato Mohd Salleh Pengarah Urusan One Aletrnate Energy Sdn Bhd.

Hadiah ( envelope no 17 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 ( semua rangkaian )
Hadiah Bonus :- Buffet untuk dua orang di Hyatt Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

Minggu Ke 15 ( 12hb Disember 2011 - 18hb Disember 2011 ) 
Pemenang :- Cikgu Kiman
Cabutan nama dan hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj Asnawi Bakiri, Pengarah Urusan Titanum Resources Sdn Bhd.

Hadiah ( envelope no 12 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 ( semua rangkaian )
Hadiah Bonus :- Hamper Tong Hing Supermarket bernilai RM150.00

Minggu Ke 16 ( 19hb Disember 2011 - 25hb Disember 2011 ) 
Pemenang :- Tiapmasatiapwaktu Shikin Akanselaluada dihatimu
Cabutan nama dan hadiah telah disempurnakan oleh Encik Madatheri James, Pengarah Urusan Itac Development Sdn Bhd.

Hadiah ( envelope no 21 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 ( semua rangkaian )
Hadiah Bonus :- Reload tambahan RM50.00

Minggu Ke 17 ( 26hb Disember 2011 - 01hb Januari 2012 ) 
Pemenang :-  Angry Bird
Cabutan nama dan hadiah telah disempurnakan oleh En Illie Jaymon, wakil En Jambol Dangus, Ketua Pegawai Eksekutif Urban Storm Sdn Bhd.

Hadiah ( envelope no 20 ) Reload/top up bernilai RM 10.00 ( semua rangkaian )
Hadiah Bonus :-  3 kotak maggi, 12 ( 5 x 77g ) perisa ayam, kari dan laksa



Pemenang Bulanan :- Bulan Disember 2011 
Pemenang :- Monsieur Henri
Cabutan nama dan hadiah disempurnakan oleh Mr George P S Chin, President Sabah Optical Association

Hadiah ( envelope no 16  ) Reload/top up bernilai RM 10.00 ( semua rangkaian )
Hadiah Bonus :- Voucher membeli belah Milimewa bernilai RM50.00


Empat pemenang bonus utk layak ke pusingan akhir bersama-sama pemenang mingguan dan bulanan 2011 adalah seperti berikut :-

CWAWA - ANGIE89 - YNWA - WUFEY


Maklumat peraduan akhir 2011 akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini